Montaj dihasilkan dengan menggabungkan teknologi audio, visual dan isi yang ingin disampaikan kepada para penilai. Ia bertujuan untuk menerangkan tentang surau dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun. Dalam masa tiga minit, gambaran keseluruhan surau dan aktiviti dapat diterangkan dengan mudah dan senang difahami melalui penghasilan montaj.
Ia merupakan suatu contoh persembahan yang menggabungkan teknologi dan PDPC guru-guru ketika mengajar. Seseorang guru dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan menggabungkan teknologi dalam pendidikan. Inilah yang dikatakan "blended learning"
T.kasih kepada guru ICT En.Mohd Nasir b. Mat Isa, Ustazah Rozaini guru Penyelaras Surau, semua guru SKSGB, AJK PIBG dan murid-murid yang telah menjayakan video ini.
No comments:
Post a Comment