Minggu
ketiga
Pada minggu ini kami didedahkan dengan virtual
learning environment atau ringkasnya disebut sebagai vle. Di sekolah vle frog
adalah contoh aplikasi yang berteraskan kepada program VLE ini. Secara ringkas,
Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment-VLE)
adalah merupakan satu platform berasaskan web yang direka untuk menyokong
guru-guru dalam mengurus proses pembelajaran pelajar secara maya (dalam
talian). VLE adalah terdiri daripada "peralatan komunikasi" seperti
e-mel, ruang forum, sudut perbincangan, dan alat untuk menyusun pentadbiran
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai
alat penilaian pelajar - ujian dan kuiz secara dalam talian, serta sebagai
medium penyebaran maklumat kepada pelajar (Termit & Noorma, 2015; The JISC
infoNet Service, 2006).
Persekitaran
Pembelajaran Maya (VLE) juga adakalanya dirujuk sebagai Sistem Pengurusan
Pembelajaran (Learning Management System-LMS), e-learning, Massive Open Online
Course (MOOC) atau Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
(MOODLE). Oleh itu penggunaan VLE telah meluas melalui proses pembelajaran di
pusatpusat pengajian tinggi, namun begitu persekitaran pembelajaran maya-Frog
VLE adalah platform yang masih baharu dan penerimaan serta pelaksanaannya di
sekolah-sekolah Malaysia masih menjadi persoalan utama kepada kejayaan
perlaksanaan Projek 1BestariNet; Laporan Ketua Audit Negera Siri 3 (Kementerian
Kewangan Malaysia, 2013).
Antara tools yang digunakan melalui program VLE
ini di sekolah ialah frog. Namun bnyak lagi contoh tool yang digunakan seperti sloode,
google wave, skype, playstation home, LAMS, smart school, blackboard,
elluminate, illias, moodle, frog, fronter, kaleidos dan Microsoft share point.
Selain daripada itu tools di atas, saya telah menggunakan beberapa tool yang
lain. Misalnya untuk membuat logo kita akan menggunakan tool turtles. Manakala
untuk membuat peta minda kita akan menggunakan padlet, popplet dan coogle. Jika
kita hendak memberikan kuiz kepada pelajar pula kita akan menggunakan tool
kahoot yang sangat menarik. Untuk pembentangan pula kita biasa menggunakan
power point namun tool freeze adalah lebih menarik untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment