Minggu Pertama
Saya mula belajar tentang blended learning melalui platform future
learn pada 27 November 2017. Sedikit perasaan bimbang terdetik di hati saya
untuk meneroka ilmu baru ini. Ia merupakan suatu pengetahuan dan pengalaman
baru bagi saya. Namun hasil bimbingan Dr Hasniza, Pn Malini dan rakan sekelas
saya berjaya mempelajari ilmu ini dengan lebih mudah.
Pada minggu ini, pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada “blended
learning”. Menurut Oxford English Dictionary “blended learning” dari sudut
bahasa ia terdiri dari dua perkataan iaitu blended yang bermaksud bercampur
atau gabungan. Perkataan “learning” pula bermaksud pembelajaran (Heinze and
Provter : 2006). Justeru, gabungan dua perkataan ini bermaksud pembelajaran di
dalam kelas (class room lesson) bercampur dengan pembelajaran dalam talian
(online learning) Elenena : 2006).
Antara program teknologi yang pesat dibangunkan ketika ini ialah
program yang berkonsepkan MOOC. Ia adalah rentetan daripada inisiatif sumber
pendidikan terbuka atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Open Educational
Resources (OER) (Jansen, 2016). MOOC mula diperkenalkan pada tahun 2008
oleh Dave Cormier dari University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender
dari National Institute for Technology in Liberal Education (Chris, 2013).
David Comier telah menghasilkan MOOC untuk kursus Connectivism and Connected
Knowledge yang berlangsung selama tempoh 12 minggu di Universiti Manitoba,
Kanada (Hollands dan Tirthali, 2014). Kursus yang berlangsung pada 17 Januari
hingga 11 April 2011 dilaksanakan secara atas talian oleh George Siemens dan
Stephen Downes (Zahari Hamidon, 2014). Matlamat asal MOOC adalah bertujuan
untuk meningkatkan tahap jaringan antara pelajar dengan masyarakat
sekelilingnya, di mana para pelajar mendapat kemahiran dan pengetahuan yang
sama pada akhir program tersebut (Mackness, Mak & Williams, 2010).
Selain
daripada itu saya juga mendapat banyak ilmu pada minggu ini. Antaranya ialah
pengenalan kepada blended learning, hubungan antara guru dan teknologi,
hubungan antara teknologi dan pelajar serta cara untuk gabungkan antara kaedah
tradisional (chalk and talk) dan pembelajaran atas talian (online learning).
Artikel dan komen yang diberikan memberi sesuatu yang bermakna kepada saya
kerana melalui perkongsian idea ini saya dapat memahaminya dengan lebih mudah.
No comments:
Post a Comment