Kelebihan
“Blended Learning”.
Dalam
setiap perkara terdapat kebaikan dan kelemahan tentang sesuatu perkara
tersebut. Begitu juga dengan pelaksanaan Blended Learning itu sendiri. Ianya
mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. BL memerlukan interaksi
supaya sesebuah kursus itu dapat dilaksanakan sama seperti kelas bersemuka.
Interaksi adalah elemen yang paling penting dalam sesebuah pembelajaran atas
talian. BL memerlukan interaksi dan perhubungan antara pelajar sesama mereka
dan juga pelajar bersama pelatih kursus. Melalui BL, pelajar dapat berinteraksi
dengan rakan kursus yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan
yang berbeza walau di mana jua. Mereka boleh berkongsi pandangan dan idea (Cole
& Timmerman, 2015).
Pelajar
juga dapat berinteraksi secara peribadi dengan pelatih kursus dan bertanyakan
sendiri soalan mengenai pembelajaran mereka. BL menyediakan ruang forum dan
perbincangan untuk meluaskan interaksi dan rangkaian perhubungan serta
memberikan jalan untuk pembelajaran sokongan (Alshehri, 2015). Antara kelebihan
penggunaan BL adalah sifatnya yang dapat memenuhi keperluan semasa pelajar. BL
juga boleh dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran
teradun. Ini dapat dilihat dalam situasi apabila BL dijadikan sebagai
pembelajaran altenatif oleh pensyarah apabila tidak dapat mengadakan kelas
secara bersemuka. Proses pengajaran dan pembelajaran masih berlaku walaupun di
alam maya.
Selain
itu, BL membolehkan pemindahan maklumat
antara pensyarah kepada pelajarnya yang berlaku secara atas talian dan boleh
diakses pada bila-bila masa sahaja. BL juga memberi peluang kepada pelajar
pengajian jarah jauh. Pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh ini boleh
mendaftar kursus dalam BL dan mengikutinya secara dalam talian sahaja. Melalui BL
pelajar mampu memperolehi pengetahuan yang sama tanpa menghadirkan diri ke
kelas secara fizikal, selain boleh meneroka lebih banyak maklumat berkaitan
yang dirasakan perlu. Kelebihan ini juga menjadikan BL sebagai satu langkah
penyelesaian bagi mereka yang ingin mencari maklumat sertak kemahiran tambahan
kepada subjek yang dipelajari di dalam kelas. Berdasarkan kelebihan-kelebihan
ini, BL diletakkan sebagai media pembelajaran baru (Wang & Baker, 2015).
Dalam
BL, tugasan kursus yang wujud adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan
tugasan di dalam kelas secara bersemuka. Ini kerana pelatih kursus ingin
melihat prestasi pelajarnya memahami sesebuah topik yang dikemukakan. Penilaian
kendiri dan tugasan untuk pelajar boleh dijadikan penggerak yang baik bagi
melengkapkan kursus (Wang & Baker, 2015). Kepelbagaian jenis tugasan juga
mencetuskan kepelbagaian cara pemarkahan untuk seimbangkan corak pembelajaran
yang berbeza. Walau bagaimanapun, tugasan ini juga menjadi beban kepada pelajar
disebabkan masa yang diambil untuk menyiapkannya agak lama dari biasa dan
tugasan yang banyak dalam BL menjadikan pelajar terbeban untuk menyiapkannya
dan memerlukan masa tambahan untuk menghabiskan kursus tersebut. Terdapat juga
segelintir pelajar yang berputus asa dan tidak dapat menghabiskan kursus
tersebut (Abeer & Miri, 2014).
Kelemahan Blended Learning
Secara umumnya program BL atau MOOC sedang
dibangunkan secara berperingkat. Oleh itu penambahbaikkan terhadap program ini
sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. Justeru, kelemahan kepada BL ini
sebenarnya terletak kepada peserta, guru atau pelajar itu sendiri. Antara
kengkangan untuk menggunakan BL ini ialah ketidaksediaan dari sudut ilmu untuk
menguasai ilmu teknologi. Kemahiran teknologi atau technology digital skill ini
amat penting dikuasai sebelum menggunakan BL. Kegagalan untuk menguasai
kemahiran teknologi ini menyebabkan peserta lambat untuk menguasai, mempelajari
dan melaksanakannya.
Penyelenggaraan bagi program ini memerlukan
dana keewangan yang tinggi. Pelaksanaan VLE Frog di seluruh sekolah Malaysia
melalui program Bestari1Net memperuntukkan wang jutaan ringgit. Oleh itu, suatu
peruntukan yang besar perlu diperuntukkan kerajaan untuk melaksanakannya di
peringkat sekolah.
Untuk menggunakan BL ini juga peserta perlu
memastikan sesuatu tempat mempunyai rangkaian internet. BL tidak dapat
dilaksanakan jika talian internet tidak ada, perlahan atau lembab. Budaya
plagiarism juga mungkin akan berkembang di kalangan pelajar kerana mereka dapat
mencari maklumat dengan pantas. Ia mungkin membawa kepada sikap malas dalam
membuat kajian secara mendalam. Sikap mengambil mudah atau enteng dalam tugasan
yang diberikan menyebabkan mereka bertindak untuk copy sahaja bahan yang telah
dibuat oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment