Minggu
Kedua
Pada
minggu kedua saya belajar blended learning dengan Pn.Malini dan rakan-rakan di
dalam kelas. Pembelajaran secara kolaboratif ini sangat penting dilaksanakan
kerana banyak ilmu yang dapat dikongsikan melalui kaedah perbincangan dan
pembentangan dalam kumpulan. Keyakinan saya untuk belajar blended learning
makin bertambah melalui kaedah ini. Aktiviti pertama pada minggu ini ialah
berkenaan dengan prinsip-prinsip yang terdapat dalam blended learning. Antara
ilmu yang diperolehi ialah kaedah mengajar melalui blended learning, teknologi
blended learning dan gabungan antara kaedah mengajar dengan menggunakan
teknologi blended learning.
Sebenarnya
semasa di sekolah saya sudah mengaplikasikan blended learning dalam pdpc.
Antaranya ialah dengan menggunakan youtube sebagai set induksi, penggunaan
video dan audio, power point, kahoot, vle frog dan banyak lagi. Namun
pembelajaran secara maya secara sepenuhnya belum diaplikasikan lagi kerana
banyak kekangan untuk melaksanakan pembelajaran atas talian. Aktiviti kedua
pula ialah pelajar didedahkan dengan blended learning yang terdapat di sekolah
saya. Dari artikel yang say abaca banyak ilmu tentang kaedah yang boleh
digunakan untuk mengaplikasikan blended learnig di sekolah.
Aktiviti
ketiga pula, kami dapat mengetahui apakah cabaran-cabaran yang dilalui ketika
melaksanakan blended learning ini dan kejayaan yang dicapai setelah mengaplikasikannya
di sekolah. Saya berasa begitu semangat untuk melaksanakannya di sekolah saya.
Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih mudah dan efektif kepada
guru dan juga pelajar di sekolah. Ibu bapa juga turut bersama dapat mengikuti
perkembangan anak-anak ketika belajar walaupun berada di rumah.
No comments:
Post a Comment