Cadangan Pembelajaran Melalui Blended Learning.
Dalam
usaha menjayakan penggunaan BL sebagai platform pembelajaran, aktiviti
pembelajaran adalah amat bergantung kepada pedagogi, pengalaman pembelajaran,
dan sumber pembelajaran yang digunakan (Bailey et al., 2015; Lim & Hwa,
2015). Jadual berikut merupakan cadangan pelaksanaan aktiviti pembelajaran
berdasarkan pedagogi pembelajaran.
Jadual
1: Aktiviti-aktiviti pembelajaran
Pembelajaran
menggunakan BL
|
|
Sumber
pembelajaran
|
Pembacaan dalam talian
Panduan pembelajaran dalam talian
Pautan laman web
Aktiviti dalam talian
|
Kolaboratif
|
Perbincangan dan forum secara dalam talian (bilik darjah maya)
Kerja kumpulan kecil secara maya
Bina
dan berkongsi sumber pembelajaran secara dalam talian.
|
Pembelajaran
|
Video rakaman pengajaran guru
Bilik darjah maya (dalam talian)
|
Komunikasi
|
email
Memo dalam talian
Ruang forum
Ruang sembang dalam talian
|
Aktiviti
pelajar
|
Latih tubi secara dalam talian
Ujian dalam talian
Refleksi pembacaan dalam talian
e-portfolio
|
Diadaptasi
dari “Getting Started with Blended Learning” oleh Debra Bath dan John Bourke,
2010, m.s.4. Perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang sistematik merupakan
kunci utama dalam kejayaan pembelajaran menggunakan platform BL ini. Aktiviti
pembelajaran yang dirancang haruslah melibatkan sumber teknologi yang menarik
dan terkini. Ini adalah kerana pembelajaran berasaskan teknologi seperti
platform BL adalah berkonsepkan pendekatan pembelajaran teradun (Blended
Learning), di mana faktor kejayaannya amat bergantung kepada keberhasilan
gabungan teknologi dan kaedah instruksional yang digunakan dalam memenuhi
keperluan pembelajaran pelajar. Seharusnya proses ini dijayakan dalam
persekitaran pembelajaran interaktif yang bermakna bagi mencapai objektif pembelajaran.
Bailey et al. (2015) melalui Model Pusingan (Rotation Model) telah
mencadangkan, giliran aktiviti pembelajaran yang boleh diamalkan dalam
menjayakan proses pembelajaran menggunakan platform berpengantarakan teknologi BL
. Model ini secara umumnya mengabungkan aktiviti pembelajaran dan penggunaan
teknologi interaktif secara berkesan.
No comments:
Post a Comment