Minggu keempat
Pada minggu ini peserta belajar tentang design
of blended learning atau disebut reka bentuk pembelajaran secara teknologi.
Peserta juga belajar cara untuk mengganbungkan kurikulum dan teknologi.
Perkembangan teknologi semasa melonjakkan profesion perguruan untuk
menggabungkan pembelajaran secara blended learning ini.
Misalnya melalui pembelajaran secara flipped
classroom menjadikan pelajar di dalam kelas menjadi aktif dalam menuntut ilmu.
Proses pembelajaran secara penerokaan akan berlaku di mana pelajar akan
bergerak dari stesen ke stesen untuk mendapat ilmu. Pelajar juga dapat
berkongsi maklumat dengan rakan yang lain melalui ruangan tambahan ilmu yang
disediakan guru. Kaedah flipped classroom ini juga menjana kognitif pelajar
sekaligus mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme.
Melalui perbincangan di bahagian 4.3, banyak
ilmu yang dapat diperolehi antara yang menarik ialah melalui peserta Ian Capstik yang mengatakan bahawa guru yang malas sahaja yang
tidak mahu menggunakan blended learning. Ia merupakan salah satu perkongsian
yang mencabar semua guru untuk mengaplikasikan blended learning di sekolah.
Seterusnya melalui blended learning ini juga pelajar dapat belajar secara
kolaboratif dan berkongsi idea dengan ramai pelajar di dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment