Minggu kelima
Pada
minggu ini iaitu minggu terakhir dalam sesi pembelajaran melalui platform
future learn peserta diberi galakkan untuk meningkatkan kemahiran digital dalam
organisasi masing-masing. Kita perlu memastikan diri kita sentiasa terkini dan
mengikuti perkembangan teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam
kehidupan dan profesion kita. Misalnya sebagai seorang guru atau penuntut ilmu,
kita seharusnya menggunakan teknologi internet, watsapp, telegram, instagram,
skype, web 2.0 dan banyak lagi tool pengajaran untuk mendapatkan ilmu secara
cepat dan mudah. Setiap ilmu yang diperolehi juga dapat dikongsikan dengan
orang lain dengan lebih mudah.
Terdapat
perkongsian yang menarik dari peserta, antaranya ialah melalui M.Puga Tiyaga
dalam komen pada perkara 5.2 :-
“Semenjak
Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21. Teknologi memainkan peranan yang amat penting. Setiap guru perlu
bersedia untuk menyediakan aktiviti yang menarik kepada pelajar melalui
penggunaan ICT di dalam pdpc. Pelajar sekarang terdedah dengan teknologi
semenjak mereka lahir lagi. Justeru pengaplikasian teknologi dalam pdpc pelajar
amat penting dipraktikkan.
Blended
Learning juga dapat diaplikasikan dengan mudah atau disebut sebagai fleksibel.
Pada perkara 5.5 peserta didedahkan dengan aspek pembelajaran secara fleksibel.
Pembelajaran secara tradisional memerlukan kita untuk pergi ke kelas, sekolah, perpustakaan
dan tempat lain untuk mendapatkan ilmu. Namun melalui blended learning, pelajar
dapat belajar di mana sahaja. Dengan syarat sesuatu tempat itu mempunyai talian
internet. Ibu bapa dapat menyuruh anak-anak belajar di dalam kereta, ketika di
hotel, di masjid, di pasaraya dan pelbagai tempat lagi. Blended Learning juga
membolehkan kita belajar tidak mengira waktu. Kalau di sekolah kita terikat
untuk belajar dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Namun melalui
blended learning kita dapat belajar tidak mengira masa. Pukul 5.00 pagi pun
kita boleh belajar kerana belajar secara talian adalah 24 jam.
No comments:
Post a Comment